Sebagai presiden Dwight_D._Eisenhower

Sesudah perang, Dwight Eisenhower berturut-turut menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat, Presiden Universiti Columbia di New York, dan Panglima Tertinggi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO, di Paris. Pada saat itu, baik Parti Demokrat mahupun Parti Republik memujuknya supaya bersedia menjadi calon Presiden masing-masing. Akhirnya, beliau terpilih menjadi Presiden dengan perbezaan undi yang banyak sekali.

Dengan berunding berdasarkan kekuatan tentera, Presiden Dwight Eisenhower berusaha meredakan ketegangan akibat perang dingin. Beliau antara lain berjaya mengadakan penghentian tembak-menembak sepanjang sempadan Korea Selatan, dan menutup perjanjian perdamaian yang menjadikan Austria sebuah negara neutral.

Presiden Dwight Eisenhower, yang dua kali berturut-turut menjadi Presiden hingga 1960, menyebutkan dirinya seorang sederhana.

  • Beliau berpegang pada sistem pasaran bebas.
  • Menentang pengawasan pemerintah atas harga-harga barang-barang dan kenaikan gaji.
  • Mencegah keterlibatan pemerintah dalam pertentangan antara kaum buruh dan pihak majikan.
  • Mendorong program-program peluru berpandu dan melanjutkan bantuan luar negeri.

Dalam awal masa pentadbirannya, Mahkamah Agung Amerika Syarikat memerintahkan pengasingan kaum sekolah di seluruh Amerika. Untuk menjamin agar sekolah-sekolah di kota Little Rock di negeri Arkansas taat pada keputusan mahkamah persekutuan untuk mengadakan pengasingan kaum, Presiden Dwight Eisenhower mengirim pasukan tentera ke kota tersebut. Beliau juga memerintahkan pengasingan kaum dijalankan sepenuhnya di kalangan angkatan bersenjata Amerika.

Ralat skrip: Modul "Trim quotes" tidak wujud.
— Presiden Dwight D. Eisenhower

Presiden Dwight Eisenhower memusatkan perhatiannya pada usaha memelihara perdamaian dunia;

  • Beliau mengadakan program rakyat ke rakyat yang mengajurkan agar rakyat biasa dari semua negara saling bertemu dan berbicara untuk memupuk saling pengertian dan persahabatan. Dari program ini timbullah program hubungan persaudaraan antara kota-kota Amerika dan kota-kota negara-negara lain. Kini lebih dari 100 bandar Amerika mempunyai hubungan semacam itu dengan bandar-bandar di seluruh dunia. Program ini dinamakan bandar kembar.
  • Presiden Eisenhower dengan gembira menyaksikan perkembangan programnya, "atom untuk perdamaian." Dalam program itu, Amerika menyumbangkan uranium kepada negara-negara membangun demi kesejahteraan manusia. Pada 1964, Indonesia mendapat bantuan sebanyak AS$350,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan reaktor atom di Bandung.

Rujukan

WikiPedia: Dwight_D._Eisenhower http://www.amazon.com/Supreme-Commander-Years-Dwig... http://books.google.com/books?id=ag7omy2OvBgC&prin... http://topics.nytimes.com/top/reference/timestopic... http://www.time.com/time/covers/0,16641,19690404,0... http://vvl.lib.msu.edu/showfindingaid.cfm?findaidi... http://arks.princeton.edu/ark:/88435/hh63sv908 http://www.ikecenter.uno.edu http://www.eisenhower.utexas.edu/all_about_ike/pos... http://alsos.wlu.edu/qsearch.aspx?browse=people/Ei... http://avalon.law.yale.edu/20th_century/eisen1.asp